Malaysia
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Rombak Jemaah Menteri: Saya sedang fikir, kata perdana menteri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau masih sedang memikirkan tentang rombakan Jemaah Menteri, susulan ura-ura ia akan berlaku selepas PRN enam negeri.

“Saya sedang berfikir,” katanya menjawab pertanyaan pemberita, selepas majlis penutup Sidang Kemuncak Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) Malaysia 2023 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan tiada sebarang perbincangan mengenai rombakan Jemaah Menteri dalam mesyuarat hari ini.

Desas-desus rombakan Jemaah Menteri timbul susulan PRN di enam negeri pada Ogos.

Semalam, ketua lima kementerian diumumkan terlibat dalam beberapa pusingan kerja dan pelantikan baharu, di sebalik ura-ura kemungkinan rombakan Jemaah Menteri.