Malaysia
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Putin permudah kemasukan rakyat Ukraine ke Rusia

Presiden Rusia Vladimir Putin menandatangani dekri memudahkan warga Ukraine masuk ke negara itu tanpa visa.

MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin menandatangani dekri memudahkan kemasukan warga Ukraine ke Rusia.

Kini, warga Ukraine boleh menyeberang masuk ke Rusia tanpa visa menggunakan pasport dalaman atau asing, pasport diplomatik atau perkhidmatan, kad pengenalan kelasi atau anak kapal pesawat, menurut dekri yang diterbitkan di portal kerajaan.

Mereka yang mempunyai dokumen yang telah tamat tempoh juga dibenarkan masuk, lapor Agensi Anadolu.

Bagi kanak-kanak, ia perlu disertakan sijil kelahiran atau pasport wakil sah dengan maklumat tentang kanak-kanak itu.

Kanak-kanak warga Ukraine boleh meninggalkan Rusia dengan wakil sah atau dengan orang dewasa yang telah mendapat kebenaran notari.

Rusia dan Ukraine mempunyai perjanjian sejak 1997 yang membolehkan perjalanan tanpa visa untuk warga kedua-dua negara.

Bagaimanapun, Ukraine menamatkan perjanjian itu selepas 1 Jan 2023.

Pihak berkuasa Rusia bagaimanapun memutuskan untuk mengekalkan kemasukan warga Ukraine secara bebas visa ke Persekutuan Rusia.