Malaysia
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Jordan tembak jatuh 2 dron bawa dadah

Dua dron itu membawa sejumlah dadah kristal yang kemudiannya diserah kepada pihak berkuasa berkaitan. (Gambar Twitter Jordan Armed Forces)

AMMAN: Tentera Zon Timur Jordan pada Selasa menembak jatuh dua dron mengangkut dadah dari Syria, kata sumber rasmi tentera di Komando Am Angkatan Tentera Jordan-Arab.

“Pasukan pengawal sempadan dengan penyelarasan pentadbiran antinarkotik dan perkhidmatan keselamatan tentera memantau dua dron cuba melintasi sempadan dari Syria dan menembaknya,” lapor agensi berita Jordan (Petra) memetik sumber itu.

Dron itu didapati membawa sejumlah dadah kristal yang kemudiannya diserah kepada pihak berkuasa berkaitan.