Malaysia
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Hong Leong Bank kecuali yuran peniaga DuitNow

Hong Leong Bank antara sekurang-kurangnya empat bank yang mengecualikan yuran perkhidmatan pedagang untuk pembayaran e-dompet DuitNow.

PETALING JAYA: Hong Leong Bank (HLB) menyertai sekurang-kurangnya empat bank lain melanjutkan pengecualian yuran perkhidmatan pedagang ke atas peniaga menerima pembayaran e-dompet melalui sistem DuitNow.

Pengecualian itu diteruskan sehingga diberitahu kelak, kata bank itu dalam kenyataan.

Pengarah Urusan HLB, Kevin Lam, berkata semua peniaga HLB DuitNow kini boleh menerima pembayaran daripada e-dompet utama di Thailand, Indonesia dan Singapura. Mereka juga boleh menerima bayaran rentas sempadan dari China melalui WeChat Pay.

Public Bank, Bank Islam dan Maybank turut menangguhkan penarikan pengecualian sehingga diberitahu kelak, manakala CIMB Bank mengekalkan pengecualian sehingga 31 Dis ini.