Malaysia
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Caj QR DuitNow tidak beban golongan bawahan, kata PM

Anwar Ibrahim berkata keputusan untuk mengenakan caj itu dibuat Bank Negara Malaysia (BNM). (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata caj dikenakan terhadap pengguna QR DuitNow tidak akan membebankan rakyat berpendapatan rendah.

Menurutnya, keputusan untuk mengenakan caj keatas pengguna itu merupakan keputusan Bank Negara (BNM).

“Sekarang yang penting tidak membebankan golongan pendapatan rendah,” katanya kepada pemberita di KL Jazz and Art Center, Kuala Lumpur.

Semalam, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), pengendali platform QR DuitNow mengesahkan pengguna aplikasi itu akan dikenakan caj bermula 1 Nov ini.

Caj kadar diskaun pedagang atau ‘merchant discount rate (MDR)’ bukan perkara baharu kerana ia dikecualikan ketika tempoh pengenalan aplikasi pada 2019, bagi menggalakkan penggunaannya.

BERITA LANJUT MENYUSUL