Malaysia
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Bento dicemari bakteria, hampir 400 keracunan di Jepun

Pihak berkuasa berkata bakteria ‘staphylococcus aureus’ dan ‘wax bacillus’ ditemui dalam 12 variasi kotak bento keluaran syarikat Yoshidaya di Wilayah Aomori. (Gambar Facebook)

TOKYO: Seramai 394 individu dari 26 wilayah mengalami keracunan makanan disebabkan bakteria patogen ditemui pada nasi dan makanan ringan dalam kotak bento hidangan tengah hari, lapor Sputnik.

Bakteria ‘staphylococcus aureus’ dan ‘wax bacillus’ ditemui dalam 12 variasi kotak bento, semuanya disediakan oleh pembuat makanan bento Jepun Yoshidaya di Wilayah Aomori, lapor penyiar NHK.

Hidangan itu dipercayai menjadi punca keracunan makanan – individu yang mengambil makanan itu mengadu mengalami sakit perut dan muntah, menurut laporan itu.

Pihak berkuasa kesihatan awam di Wilayah Aomori telah mengeluarkan larangan terhadap syarikat itu daripada beroperasi susulan kejadian itu. Siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan.